MOTIVASI : HIDUP INI BUKAN PERTANDINGAN

MOTIVASI : HIDUP INI BUKAN PERTANDINGAN

Buat sesuatu mengikut tempo kamu sendiri.

Hidup ini bukan pertandingan.

Life’s is not a race

Motivasi dan kehidupan saling berkait. Subscribe YouTube lamanpena

https://youtube.com/@lamanpena

MOTIVASI : HIDUP INI BUKAN PERTANDINGAN

Seringkali kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.

Kita membandingkan kerjaya kita, rumah kita, pendapatan kita, pakaian kita, pasangan kita, anak-anak kita dan pelbagai lagi perbandingan.

Jika kita menganggap itu sebagai cabaran, maka positif lah perbandingan kita.

Kalau kita melihat itu sebagai ancaman dan kekurangan, maka ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.

Bagaimana untuk tidak membandingkan diri dan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain?

Jom kita tengok beberapa langkah dan tips dibawah.

Kesedaran diri

Tiada apa yang lebih penting dari mempunyai kesedaran diri yang kehidupan orang lain bukanlah untuk kita bandingkan.

Kita mempunyai garis masa kita sendiri.

Ada yang berjaya dalam kehidupan sewaktu umurnya sudah 60 tahun.

Ada yang berjaya dalam kehidupan seawal umur 20 tahun.

Ketahui kekuatan, kelemahan, minat, dan tujuan hidup anda sendiri.

Ingat, hidup bukan perlumbaan atau pertandingan tetapi adalah satu pegembaraan.

Hargai perjalanan hidup

Salah satu cara untuk menghargai kehidupan ini adalah sewaktu bangun dari tidur.

Kita dibangkitkan dari tidur dan dapat menghirup udara di bumi ini adalah satu nikmat.

Kehidupan sudah tentu ada turun dan naik. Ada masa kita ‘happy’ ada masa kita sedih.

Yang lebih unik adalah perjalanan hidup kita dengan orang lain tidak akan sama.

Maka hargailah keunikan ini dan teruskan kehidupan anda.

Hentikan pembandingan negatif

Buang rasa untuk membandingkan diri anda dengan orang lain.

Pemikiran negatif akan menyebabkan kita berasa tidak puas dan tidak bahagia.

Buang juga rasa ingin mengkritik orang lain. Aura negatif ini jika berterusan akan membuatkan kita tidak lagi fokus kepada pembangunan diri.

Latih diri untuk berterima kasih

Pencapaian walaupun kecil perlu diraikan.

Berterimakasihlah kepada diri sendiri dengan menghadiahkan sesuatu untuk sekecil-kecil kejayaan.

Tetapkan matlamat yang realistik

Matlamat yang jelas dalam kehidupan sangat penting.

Biasanya penulis akan menetapkan matlamat seminggu sebelum masuk tahun baru.

Matlamat tersebut adalah matlamat yang perlu dikotakan dalam tempoh masa setahun.

Matlamat perlulah realistik yakni sesuai dengan kemampuan yang ada.

Setelah hampir setahun, visit semula matlamat tersebut samada berjaya dicapai atau perlukan tambahan masa.

Matlamat juga boleh dipecahkan kepada matlamat bulanan, mingguan dan harian.

Terpulang kepada pembaca untuk menentukan.

Jaga media sosial

Ingatlah bahawa media sosial seringkali menyampaikan imej yang serba sempurna dan dapat memanipulasi persepsi kita tentang kehidupan orang lain.

Media sosial bukanlah kayu pengukur untuk kebahagian.

Bersyukur

Bersyukur dengan setiap apa yang terjadi kepada kamu.

Apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Cumanya bagaimana kamu bertindakbalas kepada perkara tersebut. Sama ada terus maju kehadapan atau tidak lansung mengambil iktibar.

Boleh juga kita menulis diari menyatakan apa yang berlaku untuk mengingatkan diri sendiri tentang perkara-perkara positif dalam hidup.

Majukan diri

Tingkat kemahiran, skill dan pengetahuan kamu.

Samada menghadiri kursus jangka pendek.

Jadikan pembangunan diri sebagai keutamaan anda.

Bekerja keras untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan keupayaan diri anda sendiri, tanpa membandingkannya dengan orang lain.

Ambil kelas kemahiran seperti menjahit, berenang, wiring, bahasa dan pelbagai lagi kursus yang ada.

Masa untuk diri sendiri

Orang putih cakap ‘me time’.

Luangkan masa untuk kebajikan diri sendiri.

Spare satu masa dihari minggu untuk melakukan aktiviti yang kamu minat.

Ada yang suka tengok wayang, ada yang suka duduk dirumah menonton ‘Netflix’.

Ada yang suka tengok drama korea. Ada yang suka ‘window shopping’ dan macam-macam lagi aktiviti.

Apa pun yang anda lakukan, pastikan ia memberi kelegaan kepada hati, perasaan dan pemikiran kamu.

Hargai perbezaan

Setiap individu adalah unik dengan keupayaan dan kehidupan yang berbeza.

Hargai perbezaan ini dan ambil inspirasi daripada orang lain tanpa perlu membanding-bandingkan.

Kepuasan yang paling utama adalah apabila kita berupaya menghargai diri sendiri dan melihat diri ini mempunyai kemampuan dan bakat tersendiri.

#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar

MOTIVASI : PANDANG KEHADAPAN DENGAN HARAPAN

MOTIVASI : HIDUP INI BUKAN PERTANDINGAN

One thought on “MOTIVASI : HIDUP INI BUKAN PERTANDINGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top