MOTIVASI : FIKIR SECARA POSITIF

MOTIVASI : FIKIR SECARA POSITIF

TIPS FIKIR SECARA POSITIF

Minda dan mental kamu sangat kuat.

Jika kamu mengisinya dengan berfikir secara positif, hidup kamu akan mula berubah.

Kehidupan dan motivasi saling memerlukan. Subscribe YouTube lamanpena.

https://www.youtube.com/@lamanpena

Bagaimana cara untuk sentiasa berfikiran positif

Seringkali kita dihantui dengan fikiran yang negatif.

Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata dan fikiran kita.

Ada sahaja perkara yang hendak di’komplen’ atau dikomen.

Serba tak kena.

Mungkin kita tergolong dikalangan orang yang sentiasa berfikiran negatif.

Tetapi percayalah, kita boleh mengubah diri kita kepada yang lebih positif.

Manusia sukakan motivasi dan ruang untuk perbaiki diri.

Jom kita lihat 10 tips untuk sentiasa berfikiran positif.

Fokus kepada perkara-perkara positif

Latih diri untuk mengubah perhatian kepada perkara-perkara yang positif sahaja. Berfikir tentang perkara-perkara yang positif akan membuatkan anda merasa bahagia dan bersyukur.

Ganti pola pemikiran

Jika terlintas didalam fikiran untuk berfikir secara negatif, cuba ubah dengan melihat pengajaran disebalik perkara tersebut. Didalam setiap perkara yang berlaku walaupun buruk pasti ada pengajaran disebaliknya.

Jadikan ia sebagai pemangkin untuk maju kehadapan.

Berkawan dengan orang-orang yang posifit

Ada banyak kawan yang suka berbincang perkara-perkara negatif seperti mengumpat kawan yang lain.

Berkawanlah dengan orang yang ingin melihat kamu berjaya bersama-sama.

Kawan yang paling baik adalah kawan yang menyokong dan memberikan semangat kepada kamu.

Kawan-kawan yang positif akan memberikan aura yang positif kepada kamu.

Ucapkan

Ucapkan kata-kata positif setiap hari. Ucapkan ayat-ayat seperti “Aku kuat,” “Aku mampu,” atau “Aku bersyukur atas kehidupanku.”

Secara tidak lansung, minda separa sedar anda akan tertanam dengan perkara-perkara yang positif.

Latihan meditasi dan visualisasi

Praktikkan meditasi untuk menenangkan fikiran dan fokus pada perkara-perkara yang positif. Gunakan teknik visualisasi untuk membayangkan diri anda sukses, bahagia, dan mencapai cita-cita anda.

Raikan kejayaan kecil

Kejayaan kecil jika diraikan dapat memberikan satu motivasi yang positif kepada kita.

Raikan kejayaan kecil dengan menghadiahkan diri anda dengan sesuatu.

Tak perlu mahal, cukup sekadar membuatkan anda ingat tentang momen tersebut.

Kadangkala, belanja makan kawan-kawan sempena kejayaan kecil anda pun sudak cukup hebat.

Jaga kesihatan fizikal dan mental:

Badan yang sihat ada kaitan dengan kesihatan mental anda.

Makan makanan berkhasiat, jaga pola tidur anda dan sentiasa bersukan adalah cara untuk anda menjaga kesihatan fizikal dan mental anda.

Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain

Kewujudan media sosial pada zaman kini menyebabkan kita selalu membandingkan diri kita dengan yang lain.

Media sosial hanya menunjukkan sisi yang baik sahaja.

Setiap orang mempunyai garis masa masing-masing.

Mana mungkin dua orang didunia ini yang mempunyai kisah yang sama sehingga meninggal dunia.

Hiduplah dengan cara-cara masing-masing.

Pasti anda lebih bahagia.

Cari hiburan positif

Pilih hiburan yang memberikan impak positif pada pemikiran dan emosi Anda. Baca buku yang memberikan inspirasi seperti buku biografi dan menonton filem.

Boleh juga mendengar muzik yang memberikan anda semangat.

Bersyukur:

Luangkan waktu setiap hari untuk mengingatkan diri kamu dengan perkara-pekara yang membuatkan kamu rasa bersyukur.

Tuliskan dalam jurnal atau sampaikan dengan kata-kata, ungkapkan rasa syukur atas segala nikmat dan pengalaman positif dalam hidup anda.

Semoga dengan tips ini dapat membantu pembaca untuk sentiasa kekal positif walaupun dugaan melanda.

#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri

MOTIVASI : PERKARA KECIL YANG MEMBUATKAN ORANG LAIN BAHAGIA

MOTIVASI : KEPADA DIRIKU, AKU TAHU ENGKAU HEBAT

MOTIVASI : FIKIR SECARA POSITIF

One thought on “MOTIVASI : FIKIR SECARA POSITIF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top