Pernahkah kamu selalu menanguh suatu tugas yang sebenarnya perlu diselesaikan?
Fenomena ini dikenal sebagai “bertangguh-tangguh,” suatu kecenderungan manusia yang kompleks dan dapat memengaruhi produktiviti.
Semakin kamu bertangguh, semakin lambat sesuatu pekerjaan dapat diselesaikan.
Kenapa kita suka bertangguh atau melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan?
Banyak faktor dari sudu psikologi seperti takut, mencari kepuasan segera dan kurangnya motivasi.
Jom kita lihat beberapa faktor yang menyebabkan anda tergolong dalam kalangan orang yang suka melakukan pekerjaan secara bertangguh.
Mencari Kepuasan Segera: Manusia cenderung mencari kepuasan segera dan menghindari keadaan yang tidak selesa membuatkan penangguhan menjadi sesuatu yang lebih menarik
Kurangnya Motivasi: Motivasi itu datangnya selepas kita selesai membuat kerja. Bukan sebelum membuat sesuatu pekerjaan.
Pengurusan masa yang lemah: Hari esok masih ada. Sering kata-kata ini diungkapkan jika sedang melakukan sesuatu pekerjaan walaupun jelas tugas tersebut boleh disiapkan pada hari yang sama.
Tiada matlamat dan tujuan : Adakalanya kita tidak memahami apakah tujuan dan matlamat kita melakukan sesuatu tugas.
Kombinasi Faktor: Seringkali, kebiasaan bertangguh-tangguh melibatkan kombinasi dari faktor-faktor di atas, menghasilkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh orang yang bertangguh.
Penurunan produktiviti adalah satu masalah serius yang mungkin berlaku apabila seseorang terlibat dalam amalan bertangguh-tangguh. Ini boleh membawa kepada beberapa isu seperti:
Kebiasaan bertangguh-tangguh sering kali membawa kepada penangguhan pelaksanaan tugas-tugas penting dan mendesak. Ini boleh mengakibatkan pengumpulan kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.
Kesimpulannya, bertangguh-tangguh adalah perilaku kompleks yang melibatkan faktor-faktor seperti ketakutan, kecemasan, mencari kepuasan segera, kurangnya motivasi, pengurusan masa yang lemah dan lain-lain.
Memahami alasan disebalik kebiasaan bertangguh-tangguh adalah langkah awal untuk mengatasi masalah ini. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang diri sendiri dan faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku, kita dapat mengambil langkah-langkah konkrit untuk meningkatkan produktivitas dan mengatasi kebiasaan menunda-nunda.
- Cara Membangunkan Rutin Pagi yang Produktif: Mulakan Hari Anda dengan Betul!
- 9 Manfaat Utama Menulis Jurnal Harian: Mengapa Anda Patut Mula Hari Ini!
- Kuasa Konsistensi: Bagaimana Langkah Kecil Boleh Membawa Kejayaan Besar
- Aplikasi Mudah Alih Terbaik untuk Meningkatkan Produktiviti: Cara Efektif Meningkatkan Kecekapan dalam Kehidupan Seharian
- 10 Tip Produktiviti Terbaik untuk Profesional Sibuk: Strategi Pengurusan Masa dan Automasi Tugasan
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri #cinta #sayang
65 KATA-KATA MOTIVASI, INSPIRASI DAN PEMBAKAR SEMANGAT
Layari YouTube kami untuk motivasi didalam bentuk video :
https://www.youtube.com/@lamanpena