MOTIVASI : 7 CARA MEMAAFKAN ORANG YANG MENYAKITI KITA
Aku maafkan…
Bukan bermakna aku setuju dengan perbuatan tersebut.
Bukan juga aku kembali percayakan mereka.
Aku maafkan supaya aku dapat hidup lebih tenang dan ‘move on with my life’.
Motivasi dan kehidupan saling memerlukan. Subscribe YouTube lamanpena.
https://youtube.com/@lamanpena
Memaafkan seseorang walaupun sangat sukar adalah suatu proses yang memerlukan keikhlasan dan kesabaran.
Pertama sekali, dalam proses memaafkan seseorang walaupun sangat sukar, penting untuk mengakui dan menerima bahawa tindakan tersebut memang akan membuatkan perasaan kita berbelah bahagi dan rumit.
Memaafkan bukanlah sesuatu yang segera atau mudah seperti ABC.
Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kita memiliki hak untuk merasakan emosi yang kompleks.
Menerima dan memahami bahawa memaafkan adalah sesuatu yang sukar adalah langkah pertama yang penting dalam proses ini.
Dengan mengakui kesulitan, kita dapat mempersiapkan diri untuk menangani perasaan yang kuat dan menerima bahawa proses memaafkan memerlukan masa dan usaha.
Kadang-kadang kita mungkin akan merasa tertekan oleh harapan untuk segera memaafkan tanpa memberikan ruang bagi emosi untuk menerima secara perlahan-lahan.
Tiada batasan waktu yang ditetapkan untuk memaafkan seseorang.
Setiap orang mempunyai masa yang berlainan untuk memaafkan seseorang. Ada yang cepat dan ada yang lambat.
Penting untuk tahu bahawa bahwa jika kita sukar memaafkan si dia, itu adalah wajar kerana kita juga seorang manusia.
Walaubagaimanapun, berikut adalah beberapa langkah yang dapat membantu anda dalam proses memaafkan seseorang
Jujur dengan perasaan anda
Akui dan terimalah perasaan yang muncul, seperti kemarahan, kesedihan, atau kekecewaan.
Jangan mendesak dan mengabaikan emosi tersebut, tetapi berikan ruang untuk menghadapinya dengan hati yang terbuka.
Fahami sebab di sebalik tindakan tersebut
Cuba kita selami latar belakang dan peribadi orang yang telah menyakiti kita.
Mungkin juga dia seorang yang pernah disakiti sebelum ini.
Ataupun dia datang dari keluarga yang porak peranda.
Atau ada masalah peribadi yang lain. Walaupun ia bukanlah tiket untuk menyakiti orang lain, tetapi sedikit sebanyak kita dapat mengagak kenapa mereka menyakiti kita.
Kadangkala, perspektif kita akan lebih luas setelah mengenali mereka.
Berbicara dengan orang terlibat
Jika anda berasa selesa, cubalah berbicara dengan orang yang telah menyakiti anda.
Luahkan perasaan anda dengan jujur dan dengarkan juga pandangan mereka.
Komunikasi secara terbuka dapat membantu kita menjelaskan sesuatu dan memberi ruang pemahaman antara satu sama lain.
Perlahan-lahan maafkan diri sendiri
Kadang-kadang, susah bagi kita untuk memaafkan orang lain kerana kita juga merasa bersalah atau menyalahkan diri sendiri atas kesilapan lampau.
Berikan msa dan ruang untuk memaafkan diri sendiri atas kesalahan atau kegagalan yang mungkin terjadi sepanjang hidup kita
Carilah sokongan
Jangan ragu-ragu untuk mencari sokongan dari kawan-kawan, keluarga, atau orang profesional yang dipercayai.
Meluahkan perasaan kepada orang yang kita rapat dan dipercayai dapat menghilangkan tekanan yang menggunung didalam hati dan fikiran.
Hidup yang positif
Fokuslah pada aspek-aspek positif dalam hidup anda.
Cari aktiviti yang dapat mengembangkan bakat dan skil anda.
Melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna dapat membantu mengurangkan tekanan dan memperkuat sikap positif.
Beri masa
Memaafkan bukanlah proses yang segera.
Berikan masa bagi diri anda sendiri untuk sembuh dan keluar dari pengalaman yang menyakitkan.
Setiap orang memiliki masa yang berbeza untuk memaafkan, jadi bersabarlah dengan diri
- Mencipta Visi Hidup: Panduan Langkah Demi Langkah untuk Mencapai Impian Anda
- Kekuatan Fikiran Positif: Ubah Mindset, Ubah Hidup Anda untuk Kejayaan
- Cara Mengatasi Cabaran dalam Kehidupan Seharian | Tips & Panduan untuk Kekal Positif
- 10 Tabiat Harian Terbaik untuk Kehidupan yang Lebih Produktif
- Merayakan Kejayaan Kecil: Mengapa Menghargai Setiap Pencapaian Penting untuk Motivasi
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri
MOTIVASI : PERKARA KECIL YANG MEMBUATKAN ORANG LAIN BAHAGIA
2 thoughts on “MOTIVASI : AKU MAAFKAN”